Blog ini dihasilkan atas usaha untuk membantu pelajar-pelajar khususnya pelajar saya di SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan, Malaysia yang mengambil subjek Sejarah Kertas 1 STPM. Bahan diambil daripada pelbagai sumber dan juga berdasarkan pengalaman saya sebagai guru Sejarah 1. Semoga blog ini berfaedah kepada anda semua dan menjadi amal jariah bagi saya. Ingat, target kita adalah A. Selamat Belajar.
Saturday, 5 May 2012
DISKUSI SEJARAH
FRIDAY, JUNE 19, 2009
TUGASAN DAN PEMBENTANGAN

PERHATIAN !!!!!!
PELAJAR 6 ATAS AMBIL PERHATIAN. TAJUK DAN SOALAN TELAH DIAGIHKAN. KUMPULAN YANG BERTANGGUNGJAWAB PERLU MENYIAPKAN BAHAN EDARAN. PEMBENTANGAN AKAN BERMULA ISNIN INI (22/6/2009) PADA WAKTU KELAS PAGI DAN KELAS TAMBAHAN.
** HARI ISNIN = KELAS YANG TERLIBAT ADALAH 6 ATAS SYAFIEDAN 6 ATAS HANAFI.
HARAP MAKLUM. HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA YANG TERLIBAT
** HARI ISNIN = KELAS YANG TERLIBAT ADALAH 6 ATAS SYAFIEDAN 6 ATAS HANAFI.
HARAP MAKLUM. HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA YANG TERLIBAT
SUNDAY, APRIL 19, 2009
CUBA FIKIRKAN - ASAH MINDA 2
Asah minda anda. Cuba beri jawapan ringkas dalam ruangan komen di bawah. Moga bermanfaat.
Semua pelajar digalakkan memberi pandangan. Komen pelajar SMKDARY diwajibkan. Sila tulis nama penuh dan kelas.
SATURDAY, APRIL 18, 2009
PANDUAN MENULIS ESEI SEJARAH 1 STPM
PANDUAN MENULIS ESEI SEJARAH 1 STPM
CIRI-CIRI PENDAHULUAN
1. Perenggan Pertama
2. Bukan Tema/Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema
ISI:
§ Fakta
§ Huraian
§ Contoh
FAKTA:
§ Bilangan fakta bergantung kepada bahagian
§ Satu bahagian : biasanya perlu ada 7 isi
§ Lebih drpd satu bahagian: perlu pertimbangkan kepentingan bahagian
§ Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
§ Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan
HURAIAN:
§ Menjadi penerangan kepada fakta
§ Soalan yang boleh mendorong kepada huraian
ialah;mengapa/kenapa,/bagaimana/apakah implikasi/kesannya
§ Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian
CONTOH:
§ Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
§ Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i. bila (tarikh, tahun, abad)
ii. siapa (nama, kaum,bangsa)
iii. di mana (tempat)
iv. banyak mana (kadar, bilangan)
v. peristiwa apa
KESIMPULAN:
1. Apa sahaja yang berkaitan.
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi
PANDUAN MENULIS ESEI
PANDUAN MENULIS ESEI
Assalamualaikum , khususnya pelajar saya di SMK DARY dan semua pelajar Sejarah 1.
Di bawah ini dinyatakan sekali lagi panduan untuk menulis esei Sejarah 1 STPM. Panduan ini sangat berguna agar esei yang anda tulis menepati kehendak dari segi format menjawab.
Apa yang penting, jawablah apa yang dikehendaki oleh soalan. Gunakan segala ilmu dan idea yang anda telah baca untuk membentuk jawapan yang memenuhi kehendak soalan. Saya suka sarankan, jika ada fakta atau isi yang tak pasti, tulis juga. Itulah jalan paling selamat. Ada banyak isi, tulis semua. Jangan sesekali biarkan tanpa jawapan. Usaha perah otak. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Kalau anda dah baca, takkanlah tak dapat buat perkaitan langsung.
Saya ingin menyakinkan anda bahawa, sistem pemeriksaan kertas Sejarah STPM akan dilakukan dengan prioriti menguntungkan calon. Jangan risau sangat tentang itu. Tugas anda, jawab seperti soalan hendak dengan kreatif dan tepat. Selebihnya, adalah tugas pemeriksa lantikan MPM. Itu tugas mereka. Anda berdoa sahaja selepas itu.
Selamat berusaha. Sejarah mesti A (InsyaAllah) 
A. CIRI-CIRI PENDAHULUAN
1. Perenggan Pertama
2. Bukan Kehendak Soalan / Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema
B. ISI:
- Fakta
- Huraian + Contoh
FAKTA:
- Bilangan fakta bergantung kepada bahagian kehendak soalan tu.
- Satu bahagian : biasanya perlu ada 7 isi ( Jika ada lebih , tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis)
- Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian.( Contoh : Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep )
- Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
- Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan
HURAIAN:
- Menjadi penerangan kepada fakta
- Soalan yang boleh mendorong kepada huraianialah;mengapa/kenapa,/bagaimana/apakah implikasi/kesannya ( Kaedah 5W 1H la )
- Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian
CONTOH:
- Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
- Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i. Bila (tarikh, tahun, abad)
ii. Siapa (nama, kaum,)
iii. Di mana (tempat)
iv. Banyak mana (kadar, bilangan)
v. Apa ( peristiwa )
C. KESIMPULAN:
1. Apa sahaja yang berkaitan.
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi
Pendahuluan dan Kesimpulan adalah bahagian yang mudah untuk dapat markah. Jangan abaikan bahagian ini. Sebanyak 4 atau 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini. Jangan buat sambil lewa ……. |
TEKNIK MENJAWAB.
PESANAN TERAKHIR !!!!!
Assalamualaikum , khususnya pelajar saya di SMK DARY dan semua pelajar Sejarah 1.
Di bawah ini dinyatakan sekali lagi panduan untuk menulis esei Sejarah 1 STPM. Panduan ini sangat berguna agar esei yang anda tulis menepati kehendak dari segi format menjawab.
Apa yang penting, jawablah apa yang dikehendaki oleh soalan. Gunakan segala ilmu dan idea yang anda telah baca untuk membentuk jawapan yang memenuhi kehendak soalan. Saya suka sarankan, jika ada fakta atau isi yang tak pasti, tulis juga. Itulah jalan paling selamat. Ada banyak isi, tulis semua. Jangan sesekali biarkan tanpa jawapan. Usaha perah otak. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Kalau anda dah baca, takkanlah tak dapat buat perkaitan langsung.
Saya ingin menyakinkan anda bahawa, sistem pemeriksaan kertas Sejarah STPM akan dilakukan dengan prioriti menguntungkan calon. Jangan risau sangat tentang itu. Tugas anda, jawab seperti soalan tanya dengan kreatif dan tepat. Selebihnya, adalah tugas pemeriksa lantikan MPM. Itu tugas mereka. Anda berdoa sahaja selepas itu.
Selamat Menjawab. Sejarah mesti A (InsyaAllah) 
A. CIRI-CIRI PENDAHULUAN
1. Perenggan Pertama
2. Bukan Kehendak Soalan / Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema
B. ISI:
- Fakta
- Huraian + Contoh
FAKTA:
- Bilangan fakta bergantung kepada bahagian kehendak soalan tu.
- Satu bahagian : biasanya perlu ada 7 isi ( Jika ada lebih , tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis)
- Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian.( Contoh : Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep )
- Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
- Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan
HURAIAN:
- Menjadi penerangan kepada fakta
- Soalan yang boleh mendorong kepada huraianialah;mengapa/kenapa,/bagaimana/apakah implikasi/kesannya ( Kaedah 5W 1H la )
- Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian
CONTOH:
- Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
- Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i. Bila (tarikh, tahun, abad)
ii. Siapa (nama, kaum,)
iii. Di mana (tempat)
iv. Banyak mana (kadar, bilangan)
v. Apa ( peristiwa )
C. KESIMPULAN:
1. Apa sahaja yang berkaitan.
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi
Pendahuluan dan Kesimpulan adalah bahagian yang mudah untuk dapat markah. Jangan abaikan bahagian ini. Sebanyak 4 atau 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini. Jangan buat sambil lewa ……. |
SOALAN SEJARAH 1 STPM 2010
SOALAN SEJARAH 1 STPM 2010
BAHAGIAN A
1. Huraikan ciri-ciri kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik.
2. Sejauh manakah faktor ekonomi bertanggungjawab terhadap keruntuhan empayar Rom pada kurun ke-5 Masihi ?
3. Jelaskan perubahan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden di Eropah.
4. Bincangkan perkembangan ekonomi komersial di Eropah Barat dari tahun 1500 hingga tahun 1800.
5. Dengan memberikan contoh yang sesuai, bincangkan sejauh mana faktor agama mempengaruhi pendidikan formal dalam tamadun awal.
6. Dengan merujuk kepada tamadun awal, bincangkan kepentingan muzik dalam kehidupan masyarakat pada ketika itu.
7. Bandingkan peranan firaun dengan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan di Mesir dan China.
8. Bandingkan kesan penaklukan puak gasar Jerman di Eropah Barat dengan kesan peluasan kuasa Islam di Asia Barat terhadap tamadun di kedua-dua kawasan itu.
BAHAGIAN B
9. Bincangkan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-Rasyidin.
10. Sejauh manakah pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-Rasyidin memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah ?
11. Bincangkan implikasi Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah.
12. Huraikan perkembangan sistem mata wang Islam dari zaman Khulafa al-Rasyidin hingga zaman Bani Umayyah dan peranan sistem mata wang itu dalam aktiviti ekonomi umat Islam.
13. Huraikan peranan institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah.
14. Huraikan perkembangan seni ukir Islam pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah.
15. Bandingkan dasar pemerintahan Maharaja Akbar dengan dasar pemerintahan Maharaja Aurengzeb dalam mengukuhkan pemerintahan Moghul di India.
16. Bandingkan sistem ketenteraan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan sistem ketenteraan Barat pada zaman Rom.
SOALAN RAMALAN
TAMADUN DUNIA : TEMA 2 – FAKTOR PENGUKUHAN KUASA EMPAYAR
Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa empayar tamadun-tamadun awal.
CONTOH JAWAPAN :
A. Pendahuluan
· Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar merujuk kepadaentiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis empayar yang utama iaitu empayar daratan danempayar maritim. Empayar daratan menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom dan Chin. Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut seperti empayar Srivijaya dan Majapahit .
· Konsep ketahanan dan pertahanan. ( Buat rujukan )
B. Isi-isi(Huraikan isi kekuatan ketenteraan pada perenggan pertama. Mesti ! )
1. Kekuatan ketenteraan
Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi mewujudkan keamanan dalam empayar. Para pemerintah menggunakan tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan kacau bilau. Bagi memudahkan tentera mengawal keadaan dalam negara, kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan. Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang gasar.
Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis tentera yang digunakan iaitutentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri ).Terdapat juga unit – unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperananmemecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja – raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera, Rajaraja I mempunyai 900, 000 orang tentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.
(Huraikan dan tegaskan terdapat faktor lain yang turut mengukuhkan kuasa empayar)
2. Perluasan wilayah
Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa. Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha perluasan kuasa merupakan langkah untukmenundukkan kuasa-kuasa besar di pinggiran yang menggugat kestabilan politiksesebuah empayar. Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.
3. Sistem birokrasi yang teratur
Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini ditadbir oleh gabenor tentera.
4. Keseragaman budaya
Pembentukan keseragaman budaya bertujuan untuk melahirkan kesatuan dan perpaduan di seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya, Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik seperti Iskandariah dan Antioch.
5. Keseragaman sosial dan ekonomi
Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan matawang. Tindakan ini diambil untukmelicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadiasebagai bahasa rasmi empayarnya. Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah agung empayar Maurya telah menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya bertujuan mewujudkan penyatuan politik dan budaya. Dalam bidang ekonomi pula para pemerintah memperkenalkan sistem timbangan, ukuran dan matawang yang seragam. Contohnya, di Melaka, sistem timbangan berdasarkan ukuran kati dan tahil digunakan.
6. Kewibawaan pemimpin
Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin yang berwibawa.Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memperkenalkan sistem legalisme dalam pemerintahannya dalam usaha mengukuhkan kekuasaan dan keamanan pemerintahannya. Manakala, kerajaan Maurya memberikan naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan kesenian dan kesusasteraan.
7. Penyebaran agama
Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama ke wilayah-wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam masyarakat. Contohnya, Maharaja Asokaselepas Perang Kalinga telah mengambil beberapa langkah untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain, mengadakan siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagaiDharma Mahamatra untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan menghentikan amalan membunuh binatang dan memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama Buddha telah menjadi agama dunia.
8. Kemajuan komunikasi
Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina jalanraya-jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan kawasan jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan jajahan untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan maharaja.
C. Kesimpulan
Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang merangkumi kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya, agama dan budaya, kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem naungan ekonomi. Ciri-ciri ini amat penting dalam memantapkanserta mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Empayar akan mengalami kemerosotan apabila pemerintah gagal mengawal struktur empayar, mengukuhkan pentadbiran pusat, kemerosotan ekonomi dan sistem pertahanan lemah.
Subscribe to:
Posts (Atom)














