Saturday, 5 May 2012

MOTIVASI DIRI

TAHNIAH !

jabat tangan
Kepada pelajar yang berjaya dalam STPM 2011, tahniah diucapkan. Khususnya, kepada Izat dan Nor Hafizah, tahniah di atas kejayaan anda menjadi pelajar terbaik. Juga terima kasih dan tahniah kepada pelajar yang telah memberi saya hadiah A Sejarah iaitu seramai 15 orang. Semoga anda semua berjaya ke menara gading. Tidak lupa juga kepada yang tidak bernasib baik, jangan kecewa walaupun kegagalan itu pedih. Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. !! Itupun jika anda mahu bangun semula.
Peringatan khas kepada pelajar Tingkatan 6 Atas 2012, buat yang terbaik. Mesti semat di hati, Sejarah Mesti A. (InsyaAllah).

THURSDAY, FEBRUARY 9, 2012

BERCINTA @ KEKASIH TIDAK TERLARANG !


imageimageimage
Pelajar yang mahu berjayA dalam pelajaran, wajib membentuk diri untuk ‘bercinta’ dengan buku. Bercinta dengan buku tak seperti bercinta dengan manusia. Perasaan anda tidak akan dipermainkan. Tidak akan timbul perasaan cemburu, kecil hati, rindu bayangan dan syak wasangka. Tiada janji palsu. Tiada kata dusta. Tiada cinta terlarang …….
Tidak dapat disangkal bahawa buku @ kitab merupakan medium ilmu yang sangat penting dan utama.Dalam perkembangan tamadun manusia, ilmu dan buku tidak dapat dipisahkan. Peningkatan tamadun Islam dalam zaman kegemilangannya mencatatkan penguasaaan ilmu oleh sarjana Islam seiring dengan pembacaan, pengkajian,pembelajaran, dan penghasilan buku/kitab yang muktabar.

Kepada anda, untuk menjadi seorang pelajar yang berjayA, dekatkan diri dengan buku. Anda tak perlu mengarang buku atau mengkajinya seperti seorang sarjana. Hanya baca banyak, baca dengan ‘jiwa raga’ dan kaji soalan & jawapan supaya anda faham apa yang dah dipelajari tanpa perlu menghafal membuta tuli setiap satu point-point penting. Biasakan diri untuk membawa sebuah buku ke mana-mana saja anda pergi atau nota-nota yang telah dipadatkan.

Kebanyakan pelajar takut untuk digelar ‘kaki buku’ atau ‘ulat buku’ sebab mereka takut akan kehilangan kawan. Nanti dikatakan ‘skema sangat’ .Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, nak ke tak nak anda kena terima hakikat anda kena berkorban. Ini termasuklah mengorbankan masa untuk ‘hanging out’ bersama kawan-kawan dan hal-hal lain yang mengganggu pembacaan/pembelajaran. Kawan yang sebenar-benar kawan adalah kawan yang tak memilih kawan, walau siapapun anda. Lagi pun, tak rugi kalau kita kehilangan kawan yang boleh merugikan masa depan kita.

Fikir-fikir dan perhatikan dengan mata hati !!!

CINTA DULU CINTA SEKARANG - S. M. SALIM ……. layan

Penuh dengan pengajaran dan nasihat kepada generasi sekarang yang sudah menyimpang dari adab tatasusila yang dipegang oleh generasi terdahulu yang berpegang teguh kepada perintah ALLAH S.W.T dan sunnah Rasullulah S.A.W


MONDAY, FEBRUARY 6, 2012

Perang dan serang AKIDAH mereka !!!!!

Perangilah Akidah Mereka
Raja Peranchis Louis IX
Raja Perancis Louis IX,
(Zaman Perang Salib)
“Jika kamu ingin mengalahkan umat Islam jangan memerangi mereka hanya dengan senjata saja, kerana kamu telah kalah dihadapan mereka waktu kamu menggunakan senjata. Namun perangilah “AKIDAH” mereka,“Hancurkan pemikiran-pemikiran mereka”,
“Keluarkan dari dada-dada mereka semangat Islam”, jadikan mereka bodoh terhadap akidah Islam, ” kerana dalam akidahlah terletak “kekuatan Islam”, apabila akidah mereka telah keluar dari dada mereka maka mudah bagi kamu mengalahkan mereka, dengan senjata akan banyak merugikan kita namun dengan menyerang pemikiran mereka kita tidak akan rugi bahkan kaum muslimin akan rugi.”
(Kenyataan Raja Perancis Louis IX, - Zaman Perang Salib)
Ini adalah fakta yang kita belajar dalam Sejarah Perang Salib iaitu perang yang berlaku antara Kerajaan Islam dan Kerajaan Kristian. Ia adalah fakta yang telah terungkap, dan menjadi senjata ampuh yang telah melemahkan kita sekian lama. Adakah kita semua sedar strategi “permainan” ini. Itu cara mereka. Tetapi adakah kita sedar kelemahan kita ? Kepada kita ummat Nabi Muhammad s.a.w, awasi jerat 5 S mereka yang membuatkan kita terpesona dan punah akidah :-


TUESDAY, NOVEMBER 1, 2011

PECUT !!!!!!!

Harapan Tinggi Menggunung Untuk Melihat Subjek Sejarah Anda A !
No Facebook, No SMS, No You Tube, No Couple, No TV, No Game, No Chatting...TETAPI PECUT ... Exam Terlalu Dekat !
Bruce Jenner adalah juara Olimpik 1976 di Montreal, Kanada. Setelah mencuba kali kedua beliau memecahkan rekod dunia dan menggemparkan seluruh Amerika selepas memenangi Pingat Emas dalam acara dekatlon di Olimpik berkenaan. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya, Jenner menjawab :
“Aku serahkan diriku - setiap saat, setiap minit, setiap jam, dalam setiap hari, 365 hari setahun untuk Sukan Olimpik. Aku tidak berhenti berlatih sehingga 30 Julai 1976 . Aku korbankan empat tahun dari hidup ku semata-mata untuk memenangi pingat emas”.
Dia korbankan dirinya selama empat tahun, iaitu 1,460 hari semata-mata untuk Olimpik. Dalam masa empat tahun itu Jenner berkata, apa saja aktiviti atau perkara yang boleh menghalangnya memenangi Pingat Emas dielakkannnya. Jika makan banyak makanan boleh menambah berat badan, justeru menjejaskan kecergasannya, maka ia akan kawal makanan. Jika tidur lewat malam boleh menghalangnya bangun awal untuk berlatih, maka dia akan tidur lebih awal dan melupakan semua keseronokan berjaga malam untuk apa tujuan sekalipun. Jika dia terpaksa keseorangan berlatih dan berlatih kerana rakannya tidak sanggup turun padang awal dan lama, maka keseoranganlah ia. Pendek kata apa saja yang perlu dilakukan demi memenangi Pingat Emas akan dilakukannnya walaupun letih, sunyi keseorangan dan terpaksa mengorbankan banyak keseronokan semasa. Ia lakukan ini selama 1,460 hari (4 tahun).
Itulah resepi kejayaan beliau.
Kepada para pelajar 6 Atas SMKDARY, Bota yang akan menduduki peperiksaan STPM 2011, peperiksaan dah terlalu hampir ! Apa pula resepi kejayaan anda ! Atau tak pakai apa-apa resepi ?
Berapa hari lagi dari HARI INI peperiksaan akan menjelang tiba ?
STPM bermula 21 November 2011. Peperiksaan subjek Sejarah 1 ialah pada hari Khamis, 24 November 2011 jam 8.00 hingga 11.00 pagi dan Sejarah 2 pada hari Isnin, 5 Disember 2011 jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Berapa hari lagi ? Lama lagi ke ? Lambat lagiiiiii ?
Takkkkkkkkk……..Dekat sangat dah !!!!!! Dekat sangat-sangat !!
Kalau Bruce Jenner sanggup berkorban selama 1,460 hari semata-mata untuk memenangi pingat emas Olimpik, apakah kamu tidak perlu berkorban ? Kamu yang cuma ada masa tak sampai sebulan, dan beberapa hari sahaja lagi, apa pengorbanan yang kamu boleh buat untuk diri kamu sendiri sebenarnya ? Apakah kamu masih mahu belajar seperti biasa saja dan melakukan pembacaan modul/nota soalan Sejarah secara biasa-biasa saja ? Ehhhhhh, jangan ! Apa perlu buat sekarang ?
Ya… Pecut, pecut dan pecut 150%. Khasnya subjek Sejarah 1 dan 2.
Bagi mereka yang benar-benar mahukan kejayaan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan:
PERTAMA:
Gunakan sepenuh masa yang terluang dengan bijaksana. Masa semakin sedikit dan amat terbatas. Justeru FOKUS hanya kepada peperiksaan. Ini bermakna perkara-perkara yang bolehditangguhkan dari dilakukan sekarang MESTI dan WAJAR ditangguhkan sehingga selepas peperiksaan. Ditangguhkan……..bukan tak leh buat langsung nanti. Faham dak !
FACEBOOK & BLOG boleh diupdatekan selepas peperiksaan …..
YOU TUBE boleh ditonton selepas peperiksaan …..
SMS boleh di“mainkan”selepas peperiksaan …..
TV boleh ditonton semula selepas peperiksaan …..
GAME KOMPUTER juga boleh diteruskan selepas peperiksaan …..
CHATTING masih boleh diteruskan selepas peperiksaan …..
TAK BOLEH TANGGUH ? TAK LOGIK ? APA MASALAHNYA ? TIDAK ADA SEBAB KENAPA NAK BUAT SEMUA DI ATAS TU SEKARANG SEBAB STPM KAMU LAGI PENTING. TIADA, TIADA, TIADA SEBAB !
INGAT dan RENUNGKAN : Ulangkaji, latihtubi, hafalan dan perbincangan akademik - Semua ini TIDAK GUNA LAGI selepas peperiksaan. Tak mungkin kamu nak baca lagi selepas peperiksaan. Ia bukan saja perlu dan wajib dilakukan sekarang, malah perlu diperhebatkan lagi.PECUT !!! PECUT 150% SECARA BIJAKSANA ! BACA DAN KAJI MODUL SEJARAH !
KEDUA:
Tetapkan MASA berapa lama mahu belajar. Paling kurang pun 4 jam sehari. Apa 4 jam ? Banyak ke ? Tu paling malas lah tu . Cuba buat kiraan sendiri. 5 subjek, dan setiap subjek bahagi kepada 2 kertas. Kalau Sejarah ada Kertas 1 dan 2. Dah cukup bersedia rasanya ? Ada rasa tak cukup masa ? Cemas tak rasanya ? Rasa belum bersedia pun ada ? Dah tu, masih berkira-kira nak belajar ke tak lagi ? Masih malas lagi ? Maknanya nak tempah kegagalan ? Nak ke gagal ?
KETIGA: Oleh itu, rumusannya ……..
Bahawasanya, kamu PELAJAR SMKDARY yang nak ambil peperiksaan STPM tahun 2011 ni, tiada pilihan lain. “By hook or by crook” kamu kena berusaha berhabis-habisan sekarang !Fokus 150% kepada pelajaran. Tinggalkan segala apa yang boleh menghalang kamu untuk berjaya dalam STPM 2011 khususnya subjek SEJARAH. Sejarah mesti A. InsyaAllah.Buang jauh-jauh segala ilusi khayalan masa depan yang kosong dan tidak menjanjikan apa-apa, dan ‘perasaan’ yang sebenarnya nafsu. Terus membaca dengan TEKUN. Kamu akan dapat hasilnya yang baik nanti. InsyaAllah. Rasa macam tak ingat itu biasa !
IBU BAPA pula mesti pastikan disiplin belajar anak mereka. Jangan lagi bagi masa kepada anak untuk keluar ke sana ke sini sembarangan, bukan lagi masa nak biarkan anak mengadap internet,chatting,TV, facebook, game, sms, bercinta, layan perasaan, dan lain-lain. Mesti fokus kepada pelajaran.
CIKGU juga tentunya perlu sedarkan pelajar yang masih tidak sedar. Buat apa yang patut untuk tolak mereka agar pecut habis-habisan. Inilah saya dan Cikgu Hayati sedang dan telah lakukan khususnya untuk kecemerlangan subjek Sejarah. Kami mengharapkan kamu semua sentiasa positif dan memberi fokus 150% kepada subjek Sejarah walaupun kami menghadapi kekangan dalam perancangan kami di kelas. Tapi tak apa. InsyaAllah, bahan yang kami sediakan hampir lengkap untuk kamu semua mengulangkaji Sejarah 1 dan 2.Pastikan BACA modul.Pastikan sejarah sentiasa di hati dan menjadi keutamaan dengan tidak mengabaikan subjek lain. Ingat, dengan usaha yang berterusan, kamu semua boleh mengharapkan skor A untuk Sejarah. Jangan hirau sebarang masalah. Bagi Sejarah masalah tatabahasa boleh diabaikan, tiada rajah, tiada kelok, tiada kalkulator, tiada graf; hanyabaca sahaja dan hafal kata kunci tertentu.
SELAMAT BELAJAR.MOGA BERJAYA

No comments:

Post a Comment