Saturday 5 May 2012

NOTA TAMADUN DUNIA TEMA 4

TAMADUN DUNIA : TEMA 4 – EKONOMI DI CHINA


image 

p0030 p0030 p0030 p0030 p0030 p0030 p0030 p0030 p0030 p0030
Pendahuluan. ( 3 M)
1. Lembah Sungai Hwang –Ho kaya dengan tanah loes yang subur sesuai untuk pertanian.Tanaman utama ialah gandum,sekoi, barli dan lain-lain.
2. Pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk China dan diberi status sosial yang tinggi oleh masyarakat.
3. Emperor (Maharaja) Shen Nung (1,750s.m) telah memperkenalkan pertanian di China. Peralatan yang digunakan seperti bajak dan cangkul.
4. Ekonomi bebas dijalankan tetapi ada campurtangan kerajaan.
Pembangunan Ekonomi China.

Markah 5 isi x 4 M = 20 M

1. Perkembangan pertanian/Revolusi Pertanian
Pertanian merupakan pekerjaan utama penduduk negeri China .Petani diberi status sosial yang tinggi oleh masyarakat.Tanaman yang diusahakan ialah barli, sekoi,gandum padi.Lembah sungai Hwang Ho kaya dengan tanah loess yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian.Semasa pemerintahan Dinasti Song berlaku pembukaan tanah dan kawasan bukit diteres untuk pertanian.Revolusi pertanian pada zaman Dinasti Tang telah meningkatkan hasil pertanian. Ia disebabkan oleh kaedah pertanian yang lebih baik, pembukaan tanah-tanah baru, tanaman dua pusingan, pengkhususan dalam jenis pertanian, penggunaan kaedah pertanian baru, kemajuan pengangkutan, kewujudan pasaran dan pembinaan terusan.
2. Pengenalan teknik dan peralatan baru dalam pertanian.
Sejak zaman Dinasti Han (207 SM – 221 M) tenggala menabur benih telah digunakan untuk membuat alur, parit atau lekuk dalam satu masa.Di China Selatan telah diperkenalkan kaedah menabur benih padi di tapak semaian dan kemudiannya dipindahkan ke sawah berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi. Kolar kuda telah dicipta bagi membolehkan kuda menarik tenggala kayu untuk membajak tanah, kereta kuda dan kereta sorong beroda telah digunakan.Sistem tanaman bergilir yang dilaksanakan telah dapat menjaga kesuburan tanah.
3. Kemajuan sistem pengairan.
Terusan telah dibina bagi memperoleh sumber air yang terkawal seperti Empangan dan terusan pertama dibina iaitu Peony Dam dibina di Shouxin dibina pada abad ke-6 masihi.Kawalan terhadap banjir pula membolehkan hasil pertanian dioptimumkan. Kejuruteraan hidrolik membantu pengairan, kawalan banjir dan pengangkutan.
4. Kemajuan sistem pengangkutan.
Pada zaman Dinasti Han wujud jalan raya sepanjang 40 000 km yang meliputi sebahagian besar negara.Suspension bridges digunakan sejak abad ke-3 M dan abad ke-6 rantai besi telah digunakan dalam pembinaan jambatan.Hasil-hasil perdagangan dan perusahaan lain didagangkan ke kawasan di luar seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Eropah melalui Jalan Sutera Darat dan Jalan Sutera Laut. Selain itu perkembangan ekonomi yang pesat turut dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan seperti jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu. Pembinaan jambatan arched bridges telah dijalankan seperti Wanni Anqio di Nanchang Jiangxi pada tahun 1647 M .Tahun 1300 M (Dinasti Yuan) terusan digunakan untuk mengangkut gandum dari Lembah Sungai Yang Tze ke ibukota Changan dan Beijing.
5. Kemunculan persatuan pedagang.
Kewujudan golongan pedagang membawa kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.Pada zaman Dinasti Sung wujud kesatuan tukang manakala manakala pada zaman dinasti Ming pula wujud kesatuan dagang yang berperanan dalam pengawalan kedai emas, bank dan kertas kredit.Terdapat bandar yang mempunyai penduduk hingga sejuta orang seperti kaifeng dan Hangzchou yang turut menjadi pusat penggunaan dan pelaburan.Ini telah menyebabkan perkembangan industri perhidmatan seperti kraftangan bagi memenuhi kehendak golongan bangsawan dan rakyat biasa.Keadaan ini telah melahirkan golongan kelas pertengahan bandar seperti pekedai, tukang, jurutulis dan lain-lain.Golongan paling ramai ialah buruh atau pekerja biasa.Keadan ini telah membawa kepada munculnya kesatuan seperti Kesatuan Tukang dan Dagang pada zaman Dinasti Song.
6. Sistem pengurusan ekonomi
Bil pertukaran dan surat perjanjian hutang digunakan ketika zaman Dinasti Tang. Cukai tanah (liangshuiifa) telah diperkenalkan.Sutera China telah dieksport hingga ke Eropah.Cukai ke atas hasil jualan menjadi sumber pendapatan utama kerajaan pada zaman tersebut.Barangan mewah, ubat-ubatan, candu, minyak wangi dan hamba telah diimport.Petani membayar cukai dalam bentuk garam,teksti dan wangsemasa pemerintahan Dinasti Yuan. Wang kertas dijadikan sebagai wang sah nilai dan wang siling sebagai subsidiari.Koloni perdagangan (Shangtun) iaitu koloni pertanian yang dimajukan untuk menyediakan makanan kepada tentera di perbatasan telah laksanakan pada zaman pemerintahan Dinasti Ming.

Kesimpulan (2 M)
Tanah loess yang subur yang terdapat di lembah Hwang Ho telah menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dalam tamadun China.Peranan pemerintah dalam zaman tertentu turut membantu perkembangan ekonomi dalam tamadun China.

No comments:

Post a Comment