Saturday, 5 May 2012

NOTA TAMADUN DUNIA TEMA 7

TAMADUN DUNIA/ISLAM : TEMA 7 – TUJUAN PENJELAJAHAN & PENEROKAAN ISLAM VS BARAT

Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dan Tamadun Barat.
A. Pengenalan 
Definisi penjelajahan dan penerokaan.
1. Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan meneroka dan menerokai.
2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun Islam
3. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun barat
B. Isi-isi penting : ( Isi jawapan perlu diperbaiki/tambah lagi )
Tujuan penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat (5isi x 4M=20M)
1. Penyebaran Agama
Para pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Saad b Abi Waqas telah berdakwah di China. Selain itu, Syeikh Abdul Aziz dan Maulana Malik Ibrahim dihantar ke alam Melayu. Muaz b Jabal pula dihantar ke Yaman untuk berdakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom, dan China untuk menyebarkan Islam.
Begitu juga orang Eropah dalam Tamadun Barat menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian. Orang Kristian dan Islam bermusuhan sejak perang salib. Oleh itu, orang Kristian berhasrat untuk menghapuskan pengaruh Islam dan menggantikannya dengan agama Kristian. Caranya ialah mereka menguasai jalan perdagangan dan menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di Eropah dan Asia. Idea penjelajahan juga disokong oleh pihak gereja dan raja-raja Eropah. Oleh itu,agama kristian cuba disebarkan ke seluruh dunia menyebabkan mereka gemar menjelajah ke benua Afrika dan Asia.
2. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan
Bidang geografi dan pelayaran telah diteroka oleh umat Islam. Selepas wilayah Islam berkembang luas, pengetahuan umat Islam semakin bertambah tentang kedudukan sebuah negara dan bumi. Para intelektual slam mempelajari pelbagai ilmu seperti astronomi, geografi,perubatan daripada peradaban-peradaban lain.
Begitu juga dalam tamadun barat melakukan penerokaan dan penjelajahan bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui perkembangan teknologi perkapalan orang Eropah telah membina kapal-kapal laut yang kukuh. Di samping itu bidang geografi juga menggalakkan penjelajahan. Perkembangan dalam bidang pelayaran turut disebabkan oleh kesedaran orang Eropah tentang konsep bumi bulat dan boleh dijelajah dengan selamat. Oleh itu, ilmu penting sebagai faktor penggalak penerokaan dan penjelajahan barat.
3. Kegiatan Perdagangan
Pedagang-pedagang Arab dihantar ke negara luar untuk mendapatkan makanan, kuda, kayu, logam, dan hamba.Pedagang Arab berdagang di Khanfou, China pada abad ke-2 H, Asia Tenggara abad ke-10M, India Abad ke-3 dan ke-4, Yaman, Habsyah, Mesir, dan Asia Timur.
Begitu juga dengan Tamadun Barat, mereka datang ke timur untuk mendapatkan keperluan barangan seperti rempah, sutera, dan lain-lain. Faktor ini dapat memecahkan monopoli dan penguasaan pelabuhan- pelabuhan Itali terhadap barangan timur. Penemuan jalan laut mempercepat proses perdagangan antara barat dan timur.
4. Perluasan kuasa dan Pengaruh.
Pada zaman Umaiyah, Khalifah al Walid b Abd Malik Islam telah bertapak di China, India, Asia tengah, Utara Afrika dan Sepanyol. Pemerintah Islam berusaha memperkukuh politik Islam di seluruh Afrika Utara dari pantai Atlantik hingga Laut Merah.
Begitu juga dengan Tamadun Barat, perkembangan fahaman kapitalisme pada abad ke-16 dan 17 dan konsep merkantilisme membantu perkembangan perdagangan. Oleh itu, orang Eropah berusaha meneroka dan menjelajah benua Asia dan Afrika untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka. Pengukuhan kuasa dan pengaruh ini meningkatkan penguasaan terhadap perdagangan di kawasan tersebut.
5. Memenuhi perasaan ingin tahu
Dalam Tamadun Islam, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka mendorong umat Islam melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan.
Begitu juga Tamadun Barat, Zaman Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka mula menumpukan terhadap falsafah dan pemikiran yang moden daripada pemikiran yang kuno
6. Membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.
Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.
Sebaliknya, Tamadun Barat tidak mementingkan aspek ini.
7. Menambah keimanan dan ketaqwaan
Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan memerhati ciptaan Allah dan menghadapi cabaran semasa pelayaran. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.
Sebaliknya, Tamadun Barat lebih mengutamakan keseronokan dan kepuasan diri.
8. Mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.
Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.Contohnya Insaf melihat peninggalan kaum Thamud dan ‘Ad yang ingkar terhadap ajaran Allah.
Sebaliknya Tamadun Barat tidak mempunyai tujuan ini.
9. Dorongan al-Quran
Umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan didorong oleh seruan al-Quran. Contohnya Firman Allah yang bertmaksud “Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt. menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah swt. menjadikannya sekali lagi.
Sebaliknya, Tamadun Barat didorong oleh golongan gereja dan raja.
C. Kesimpulan (2M)
Apa-apa sahaja yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment