Kepentingan Piagam Madinah.
Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada pembangunan masyarakat Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Pengenalan
1. Perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan.
2. Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di Madinah.
3. Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal.
4. Menonjolkan nama ‘pemimpin’ iaitu Nabi Muhammad, nama ‘rakyat’ iaitu penduduktempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang bersama-sama Rasulullah serta ‘Madinah’ sebagai negara Islam.
4. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalih strategi untuk membentuk satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapat mengeratkan hubungan antara golongan Muhajirin dengan Ansar.
5. Baginda mendapati ada beberapa faktor yang perlu kepada penyelesaian iaitu menggariskan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan bukan Islam, persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutama orang Yahudi, mempertahankan Madinah dan menggubal sistem perundangan dan kehakiman.
Isi penting
Kepentingan Piagam Madinah
1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah
- Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam.
- Mereka sama-sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.
- Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam madinah.
- Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota Madinah.
- Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebaga warganegara dan ummah bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka.
- Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.
2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi
- Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah.
- Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri.
- Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri.
- Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan agama.
3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan kukuh
- Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara.
- Dengan terbentuknya Piagam madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu serta Madinah adalah milik bersama.
- Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan perundangan.
- Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan perbelanjaan bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.
4. Kebebasan kepada setiap penduduk
- Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata.
- Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah.
- Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara, beramal, bekerja dsb.
- Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
5. Menyatupadukan masyarakat Madinah
- Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb.
- Perlembagaan Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan.
- Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan Islam.
6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah
- Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.
- Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.
- Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaun dan mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah.
- Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan keputusan Rasulullah dibuat.
- Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi.
7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi
- Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.
- Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana kebasan telah diberikan kepada mereka.
- Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah.
- Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.
8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk
- Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.
- Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.
- Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan penuh kejujuran dan syiar agama langit – supaya individu akan berasa aman dan tenteram kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia.
- Tujuan keadilan – menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam.
- Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.
9. Perpaduan umat Islam
- Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin.
- Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan mereka.
- Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.
- Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.
- Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan kesejahteraan hidup.
10. Pemerintahan bercorak musyawarah
- Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka.
- Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah.
- Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat dalam Perang Badar.
- Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.
Kesimpulan (1 markah)
1. Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar.
2. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilah luar dari Madinah.
No comments:
Post a Comment