TAMADUN ISLAM : TEMA 3 – SEBAB BERLAKU PEPERANGAN
Jelaskan sebab-sebab berlakunya peperangan dalam masyarakat di Asia Barat.
Pengenalan ( 1/ 2 markah)
1. Latar belakang masyarakat Semenanjung Arab sebelum Islam. Orang Arab hidup dalam berpuak-puak dari duku bangsa (kabilah) yang mempunyai pertalian keluarga yang sangat rapat. Mereka akan mengambil tindakan secara bersama dan akan sentiasa melindungi kabilan daripada ancaman kumpulan nomad yang lain. Orang Arab menganggap mempertahankan satu kumpulan kabilah mereka adalah satu kerja yang suci.
2. Latar belakang masyarakat Semenanjung Arab zaman Islam. Dalam kehidupan masyarakat Arab zaman Islam, kehidupan mereka adalah berasaskan agama. Mereka akan mempertahankan kepentingan agama Islam daripada ancaman lain-lain agama pada masa itu.
3. Maksud ketahanan dan pertahanan.
Definisi Ketahanan - Konsep ketahanan bermaksud ketabahan, kecekalan, dan kesabaran serta keupayaan, kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran dan penderitaan. Ia juga satu halangan dan keupayaan menanggung sesuatu dalam pertempuran atau peperangan serta tidak mudah mengalah dalam peperangan.
Definisi Pertahanan - Pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk mempertahankan diri,masyarakat,agama dan negara dari ancaman musuh dan membela golongan yang lemah drpd teraniaya. Ketahanan dan pertahanan merujuk kepada kekuatan mental, ketabahan dan kecekalan dalam mempertahankan sesebuah negara dari ancaman musuh. Kekuatan pertahanan dan ketahanan banyak bergantung kepada kekuatan mental ,fizikal,peralatan senjata yang digunakan,taktik dan strategi serta jenis tentera yang ada.
4. Wacana isi/penegasan isi.
Isi ( 7 isi x 3 m = 21 markah)
Sebab-sebab berlakunya peperangan dalam masyarakat di Asia Barat.
A. Zaman Sebelum Islam /Jahiliyyah.
1. Semangat Assabiyah atau kesukuan. Iaitu semangat yang berasaskan kepada kepatuhan kepada kumpulan kabilah atau keturunan masing-masing. Semangat yang fanatik kepada kabilah menyebabkan masyarakat Arab jahiliyah turut dipengaruhi semangat suka berperang bagi mempertahankan kabilah mereka. Keadaan semula jadi dalam kehidupan di padang pasir juga menyebabkan persaingan antara kabilah. Ini menyebabkan mereka berpegangkan kepada prinsip kabilah yang kuat akan lebih berkuasa. Oleh itu bagi mereka peperangan adalah satu cara bagi meneruskan hidup.
2. Mencari nama dan kemegahan. Kemenangan di dalam peperangan adalah merupakan satu kemegahan bagi masyarakat Arab Jahiliyah. Setiap peperangan yang dimenangi akan membawa kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah. Sebab itu anak lelaki amat penting dalam kehidupan masyarakat zaman jahiliyah bagi tujuan menjulang nama kabilah mereka dalam peperangan. Mereka bukan sahaja dilatih bermain senjata sejak kecil, tetapi diajar kemahiran menunggang kuda.
3. Bagi mendapatkan harta. Dalam peperangan zaman jahiliyah melibatkan semua anggota kabilah dan semua harta benda dibawa bersama. Pihak yang menang akan memperolehi keseluruhan harta rampasan yang dibawa termasuk wanita dan kanak-kanak yang dijadikan sebagai tawanan perang. Wanita dan kanak-kanak akan dujual sebagai hamba atau meminta pihak yang kalah menebus dengan sejumlah mata wang. Harta rampasan perang akan diagih sama rata di kalangan tentera yang menang. Syeikh kabilah akan diperuntukkan sebanyal 1 / 4 daripada harta rampasan. Syeikh kabilah juga berhak memiliki barang rampasan perang yang disukainya termasuk wanita dan kanak-kanak.
4. Kepentingan ekonomi. Makkah terkenal sebagai pusat ekonomi utama penduduk bahagian tengah semenanjung Arab, sehingga hampir melemahkan penguasaan ekonomi Yaman di selatan. Ini kerana Makkah menjadi tumpuan penduduk seluruh semenanjung Arab, terutamanya pada musim haji. Menyebabkan Abrahah, raja Habsyah di Yaman pada zaman sebelum Islam mengambil inisiatif untuk menyerang Makkah bagi memastikan aktiviti ekonomi Arab berpindah ke bahagian selatan. Malah Abrahah telah membuat satu binaan yang hampir menyerupai Kaabah, bagi tujuan menarik penduduk semenanjung Arab membuat ibadat di sana.
5. Kepentingan maruah. Sebagai langkah untuk memulihkan semula maruah dan imej mereka yang tercemar ekoran kekalahan dalam Perang Badar. Orang Kafir Quraisy Makkah telah dipandang rendah oleh kabilah-kabilah Arab yang lain ekoran kekalahan tersebut. Musyirikin Makkah ingin membalas dendam dan menebus kekalahan ke atas orang-orang Islam ekoran kekalahan mereka dalam Perang Badar pada tahun 2H.Orang Kafir Quraisy ingin menuntut bela di atas kematian saudara dan keluarga mereka dalam Perang Badar. Seperti Khalid al-Walid yang menuntut bela atas kematian bapanya. Begitu juga dengan Hindun, isteri Abu Sufyan yang ingin menuntut bela kematian bapanya, Utbah.
B. Zaman Islam
6. Memperteguhkan keutuhan agama Islam. Sebab peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Allah (Islam) dan memelihara kehormatan dan keutuhan agama Islam, masyarakat dan negara Islam. Perang Badar yang berlaku pada tahun ke 2 H adalah kerana orang Quraisy makkah ingin menhgapuskan di Madinah. Musyirikin Makkah ingin melemahkan penguasaan orang Islam di Madinah. Selepas Perang Badar terdapat beberapa ancaman ketenteraan di bawah pimpinan Abu Sufyan b. Harb terhadap Madinah. Islam sendiri adalah agama damai dan cinta akan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa maksud salam dan perdamaian. Menjadi tanggungjaswab setiap orang Islam merpertahankna agamanya. Allah s.w.t tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam di dalam negaranya sendiri seperti di Madinah.
7. Peluasan Wilayah/Empayar. Peluasan wilayah Islam – di samping objektif di atas, peperangan dalam Islam juga untuk meluaskan tanah jajahan, contohnya pada zaman khulafah Al-Rasyidin, wilayah Islam sampai ke Afrika Utara(Mesir), dan Parsi. Zaman Khalifah abu Bakar, beluai berjaya mengalahkan tentera Parsi di Hirah, Iraq dan tentera Byzantium di Palestin. Zaman kerajaan Bani Umayyah, wilayah Islam berkembang sehingga ke Andalus, Sepanyol.
8.Membina kekuatan ekonomi. Peperangan dalam Islam disebabkan untuk meningkatkan sumber ekonomi orang Islam, misalnya menakluk Iraq. Iraq kawasan yang subur untuk mendapatkan sumber ekonomi dan bercucuk tanam. Dalam Islam juga ketika melakukan peperangan adalah dibenarkan merampas harta orang kafir (ghanimah). Orang arab Quraisy menyerang orang Islam di Madinah kerana mereka menganggap penguasaan orang Islam di Madinah telah menyekat laluan perdagangan mereka antara bahagian utara dan selatan semenanjung Arab. Musyrikin Makkah juga bimbangkan keselamatan rombongan pedagang mereka yang sentiasa melalui kota Madinah untuk berniaga di Utara Semenanjung Arab.
9. Menyelesaikan perbalahan politik dan Mempertahankan negara. Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menpertahankan maruah diri, agama dan negara. Penduduk Madinah terpaksa mempertahankan negara kota Madinah apabila mereka diancam oleh golongan Musyirikin Makkah. Langkah menjaga dan melindungi keselamatan penduduk Madinah yang sentiasa diancam oleh gerakan-gerakan ketenteraan Musyirikin Makkah. Sebagaimana Abu Sufyan dengan 200 tenteranya telah membakar rumah dan memusnahkan tanaman sebuah kampung berhampiran Madinah. Peristiwa ini berlaku sebelum meletusnya Perang Uhud. Dengan itu, penduduk Madinah terpaksa menghadapi beberapa peperangan besar bagi mempertahankan Madinah, seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
10. Meneguhkan kedudukan/ mempertahankan diri. Ancaman daripada sebahagian masyarakat Yahudi Madinah terhadap orang-orang Islam dan diri Nabi Muhammad sendiri, menyebabkan orang Islam terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri. Yahudi Bani Qainuqa dan Bani Nadir sentiasa mengancam masyarakat Islam Madinah. Persekutuan Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Musyrikin Makkah telah mencetuskan Perang Ahzab tahun 5H. Kemenangan berpihak kepada orang Islam dan semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir telah dihukum bunuh bagi tujuan memberi pengajaran kepada orang Yahudi.
11. Melemahkan penguasaan Empayar Rom dan Parsi. Sebahagian besar bahagian utara dan selatan semenanjung Arab berada di bawah pengarun empayar Rom dan empayar Parsi. Syria du utara berada di bawah pengaruh empayar Rom Timur (Byzantium). Dalam peperangan di Muktah, Nabi uhammad telah menghantar sejumlah kira-kitra 3000 angkatan tentera Islam bagi menentang kira-kira 200 000 tentera Byzantium. Namun akibat kekuatan tentera mu,suh, tentyera Islam terpaksa berundur ke Madinah selepas beberapa panglima perang Islam syahid, termasuk Zaid dan Jaafar b. Abi Talib.Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al khattab, baharulah tentera Byzantium berjaya ditewaskan.
12. Menunjukkan amalan etika Islam ketika peperangan. Islam mempunyai etika peperangan sendiri. Islam melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Islam juga melarang membunuh binatang ternakan kecuali utk dimakan dan dilarang memusnahkan tanam-tanaman serta harta benda pihak musuh.
Kesimpulan ( 1 / 2 markah)
WEDNESDAY, JULY 7, 2010
TAMADUN ISLAM: TEMA 3 - PERANAN WANITA DALAM PEPERANGAN (2)
Ada banyak bukti yang menunjukkan peranan wanita dalam medan perang, hal ini digambarkan dalam kitab-kitab hadits yang menggambarkan tentang tugas wanita dalam medan perang, diceritakan bagaimana keberanian muslimah dalam medan perang selama masa Rasulullah saw., diantaranya, :
- Merawat Orang-Orang Yang Terluka
Diriwayatkan oleh Abu Hazim, Sahl bin Sa’ad bertanya tentang luka Rasulullah saw., Beliau bersabda, “Fathimah, anak perempuan Rasul (pada ketika perang), melakukan tugas untuk membersihkan luka dan Ali bin Abi Thalib menuangkan airnya. Ketika Fathimah melihat bahawa luka tersebut ada gangguan perdarahan, maka dia mengambil potongan kain lalu membakarnya, kemudian memasukkan abu tersebut ke dalam luka sehingga darah (pada luka) boleh membeku (dan perdarahan berhenti). Suatu hari gigi taringnya (Ali) patah dan mukanya terluka , topi bajanya patah tepat pada kepalanya.” (Al-Bukhari)
- Menyediakan Air Bagi Yang Haus
Diriwayatkan oleh Anas r.a., “Suatu hari dalam perang Uhud ketika sebahagian orang berundur dan meninggalkan Rasulullah, saya melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaim dengan menyinsing baju mereka, terdengar letusan di sekitar mereka, mereka tampak terburu-buru dengan membawa air (dalam riwayat lain disebutkan mereka membawa air di punggung mereka). Kemudian menuangkan air tersebut dan meminumkannya kepada orang-orang yang haus dan mereka kembali memenuhi air lagi serta datang kembali untuk menuangkan air dan meminumkannya kepada orang-orang lagi.” (Al-Bukhari)
- Menyiapkan Makanan Bagi Para Mujahidin
Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a., “Ketika terjadi penggalian parit, saya melihat Rasulullah berada dalam keadaan lapar. Saya pulang untuk menemui isteriku dan berkata kepadanya, “Apakah kamu memiliki sesuatu (untuk dimakan) kerana saya melihat Rasulullah berada dalam keadaan lapar.” Dia membawakan kepadaku sebuah bekas yang berisi dari sejenis gandum dan kita memiliki binatang yang aku sembelih kemudian isteriku memasak sejenis gandum tadi dan dia menyelesaikannya tepat waktu, aku pun menyelesaikan pekerjaanku. Kemudian aku memotong daging menjadi potongan-potongan dan menaruhnya ke dalam kuali yang terbuat dari tanah (memasaknya) dan kembali menemui Rasulullah. Isteriku berkata, ”Jangan memalukan aku di depan Rasulullah dan orang-orang yang bersamanya”. Jadi aku pergi menemuinya dan mengatakan kepada beliau secara diam-diam, “Ya Rasulullah! Saya telah menyembelih haiwan betina milik kita dan kami memiliki satu Sha’ Gerts (sejenis gandum). Jadi datanglah bersama beberapa orang teman Anda. Rasulullah mengeraskan suaranya dan mengatakan, “Wahai saudaraku yang sedang menggali parit! Jabir telah menyiapkan makanan, mari kita pergi” Rasulullah berpesan kepadaku, “Jangan angkat daging yang ada di dalam kuali (dari tempat pembakarannya) atau adunan mu sampai aku datang”. Kemudian saya datang (ke rumahku) dan Rasulullah datang juga mendahului yang lainnya datang. Ketika aku datang kepada isteriku, dia berkata, “Apakah yang akan Allah tetapkan terhadap kamu?” Saya berkata, “Saya menyampaikan kepada Rasulullah apa yang kamu katakan.” Kemudian dia (isterinya) menyajikan adunan itu kepada Rasulullah dan dia (Rasul) memanggangnya dan memohon keberkatan Allah di dalamnya. Kemudian baginda (Rasul) maju ke depan di hadapan potongan-potongan daging yang ada di kuali dan pemanggangan dan berdo’a untuk keberkatan di dalamnya. Lalu baginda berkata (kepada isteriku), “Panggillah seorang wanita tukang roti untuk membuat roti bersamamu dan memasak potongan daging yang ada di kuali tersebut dan jangan angkat dari tempat pembakaran.” Mereka satu persatu hingga ribuan orang (mengambil dan memakan daging tersebut) dan demi Allah mereka semua telah makan dan ketika mereka selesai makan dan pergi, potongan daging yang berada di kuali masih penuh dengan daging seperti tidak berkurang dan adunan rotinya pun seperti tidak ada yang mengambil.
- Membekalkan Senjata Untuk Para Mujahidin
Diriwayatkan oleh Ummu Ziyaad r.a., “Dalam perang Khaibar saya sendiri dan 5 orang lainnya adalah wanita berada pada perang tersebut. Rasulullah Muhammad saw. mempelajari (keadaan ini) dan mengirimkan mereka untuk kita. Beliau (saw) berkata dengan marah, “Siapa yang mengizinkan kamu untuk keluar dari sini? Siapa yang membawa kamu ke tempat ini?” Kami berkata, “Ya Nabiullah! Kami sekarang bersatu dan kami memiliki pengubatan yang bersama kami, kami mampu membantu para mujahidin dengan membekalkan mereka dengan anak panah, dengan mengubati mereka ketika mereka sakit dan menyiapkan makanan bagi mereka.” Rasulullah kemudian mengizinkan kami untuk tinggal” . (HR. Abu Dawud) .
- Memberikan Semangat Kepada Para Mujahidin Untuk Tetap Bertahan
Selama perang Uhud, Saffiyah binti Abdul Mutholib r.a., ibu saudara Rasulullah saw. berdiri dan mengayunkan tombak ke depan sambil berkata, “Apakah kamu mencuba mengalahkan Rasul?” Semoga Allah memberkatinya dan memberikan kedamaian kepadanya. Juga, selama perang Uhud, ketika Nusaibah binti Ka’ab, anak laki-lakinya Abdullah sedang terluka berat, dia (Nusaibah) membalut lukanya dan memerintahkan padanya,”Pergi dan perangilah orang-orang kafir itu wahai anakku!” Mendengar hal ini Rasulullah saw. tersenyum dan berkata, “Siapakah yang dapat memikul apa yang kamu pikul wahai Ummu Umarah!”.
No comments:
Post a Comment